Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti dengan melaksanakan enam (6) fungsi teras sebagaimana berikut:

 

TADBIR URUS

Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan; dan

Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) peringkat Universiti.

 

PENGUKUHAN INTEGRITI

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

 

PENGESANAN DAN PENGESAHAN

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika Universiti serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil; dan

Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

 

PENGURUSAN ADUAN

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah, serta pelanggaran tatakelakuan dan etika Universiti.

 

PEMATUHAN

Memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

 

SIASATAN

Menerima dan menguruskan siasatan mengenai salah laku jenayah, rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika oleh warga Universiti.