Warga UMK (termasuk staf dan pelajar) atau mana-mana individu yang mewakili Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Badan-Badan Korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau orang awam yang mempunyai urusan rasmi dengan warga UMK.
Any UMK member (including staff and students), or any individual representing the Government, Statutory Bodies, Corporate Bodies, Non-Governmental Organizations (NGOs) or members of the public who have official matters with the UMK community.
Aduan boleh dibuat kepada UI UMK melalui salah satu dari kaedah-kaedah berikut:
Complaints can be made to UI UMK through one of the following methods:
Aduan boleh dibuat kepada UI UMK melalui salah satu dari kaedah-kaedah berikut:
Complaints can be made to UI UMK through one of the following methods:
Unit Integriti Universiti Malaysia Kelantan telah diluluskan penubuhannya pada 11 Mac 2014 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bilangan 3 Tahun 2014 (Kali Ke-131) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013.
The Integrity Unit of Universiti Malaysia Kelantan (UMK) was approved for establishment on 11 March 2014 by the University Management Committee (JPU) Meeting No. 3 of 2014 (131st Time) as stated in Service Circular No. 6 of 2013.
Unit Integriti UMK adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi seperti berikut:
The Integrity Unit is responsible for implementing the functions follows:
Tadbir urus / Governance
Pengukuhan Integriti / Integrity Strengtening
Pengesanan dan Pengesahan / Detection and Verification
Pengurusan Aduan / Complaint Management
Pematuhan / Compliance
Siasatan / Investigation
Tindakan/keputusan ke atas sesuatu aduan adalah berdasarkan kepada merit dan bukti-bukti berdasarkan semakan/siasatan ke atas aduan yang dikemukakan. Pengadu boleh mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian sama ada di peringkat dalaman ataupun luaran.
Actions/decisions on a complaint are based on the merits and pieces of evidence from the review/investigation of the submitted complaint. The complainant can take any other action that is deemed necessary, either internally or externally.
Tidak, semua rekod aduan adalah berstatus sulit dan merupakan dokumen terperingkat.
No, all complaint records are confidential and considered classified documents.
Ya. Pada 29 April 2019 UMK telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran Bilangan 14/2019 yang menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018: Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja dengan Pindaan. Pekeliling ini boleh dicapai melalui pautan e-Community UMK > Libraries > Pekeliling > Pekeliling Pendaftar > Tahun 2019 > 14 - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual
Yes. On 29 April 2019, UMK issued Administrative Circular Number 14/2019, which adopted Service Circular Number 5 of 2018: Guidelines for Handling Cases of Sexual Harassment at the Workplace with Amendments. This circular can be accessed via the UMK e-Community link > Libraries > Circular > Registrar's Circular > the Year 2019 > 14 - Guidelines for Handling Cases of Sexual Harassment.
Jawatankuasa Siasatan Dalaman Universiti (JKSDU) perlu menyediakan laporan JKSDU dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh aduan diterima. Siasatan dikelaskan sebagai siap apabila JKSDU mengemukakan laporan JKSDU dengan syor.
The University's Internal Investigation Committee (JKSDU) must prepare a JKSDU report within ninety (90) days from the date the complaint is received. An investigation is classified as complete when JKSDU submits a JKSDU report with recommendations.
Salah Laku Jenayah / Criminal Misconduct
Pelanggaran Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) / Violations of the Statutory Bodies (Disciplinary & Surcharge) Act
Pelanggaran Kod Etika UMK / Violation of the UMK Code of Ethics
Penyalahgunaan Kuasa / Abuse of power
Memberi atau Menerima Rasuah / Giving or Accepting Bribes
Gangguan Seksual / Sexual harassment
Plagiarism / Plagiarism
Tuntutan Palsu & Pemalsuan Dokumen / False Claims & Falsification of Documents
Prosedur pengurusan aduan yang dirujuk dan diguna pakai oleh UI UMK ialah Polisi Pengurusan Aduan oleh Unit Integriti diluluskan pada 9 Januari 2019 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bilangan 1 Tahun 2019 (Kali Ke-197). Pindaan kali kedua Polisi ini telah diluluskan oleh JPU Bilangan 7 Tahun 2022 (Kali Ke-253).
The complaint management procedure reffered to and adopted by UI UMK is the Complaint Management Policy by the Integrity Unit was approved on 9 January 2019 by the University Management Committee Meeting (JPU) Number 1 of 2019 (197th Time). The second amendment to this Policy was approved by the JPU Number 7 of 2022 (253rd Time).
Ya, pegawai berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut dan sekiranya tidak hadir tanpa sebab munasabah, ia boleh dianggap sebagai ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Yes, the officer concerned must comply with the instructions. Suppose he does not attend without any reasonable reason; he can be considered as disobeying the order and be subjected to disciplinary action under the Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000.
Semua laporan dan dokumen berhubung siasatan adalah terperingkat sebagai SULIT. Ianya tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak. Pengadu atau saksi yang dipanggil semasa sesi temu bual dikehendaki mendedahkan segala maklumat yang diketahui, berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat, dan jika apa-apa maklumat yang diberikan adalah terjumlah kepada tidak jujur, tidak beramanah atau membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi, pegawai boleh di kenakan tindakan tatatertib menurut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
All reports and documents relating to the investigation are classified as CONFIDENTIAL. It cannot be disclosed to any party. Complainants or witnesses called during the interview session must disclose all known information related to the investigated matter. Suppose any information provided is associated with dishonesty or abandoning public duty for personal gain, disciplinary action can be imposed on the officer under the Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000.
UI UMK memberi jaminan bahawa dalam menguruskan aduan, identiti pengadu akan dirahsiakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam mana-mana undang-undang yang berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang bersesuaian di Universiti yang mengawal selia dasar, prosedur dan salah laku.
UI UMK assures that in handling complaints, the complainant's identity will be kept confidential unless otherwise stated in any relevant law issued by the appropriate authority in the University that regulates policies, procedures and misconduct.